Thursday 20 October 2011

TEKNOLOGI DAN PELUANG PEKERJAAN KEPADA BELIA.


TEKNOLOGI & PELUANG PEKERJAAN KEPADA BELIA.

            Teknologi juga telah memainkan peranan yang penting dalam pekerjaan dan memberi kesan ke atas generasi akan datang. Malah, hal ini menunjukkan bahawa penggunaan teknologi dalam pekerjaan sangat menitikberatkan inovasi dalam membawa arus pemodenan melalui pendekatan yang lebih sistematik dan tersusun. Oleh hal yang demikian, menurut Castells tiada struktur hubungan yang sistematik di antara penggunaan teknologi maklumat dengan evolusi pekerjaan dalam ekonomi secara keseluruhannya. 

            Bidang teknologi memberi peluang yang cerah dalam menimba pelbagai pengetahuan yang lebih berguna pada masa hadapan dimana generasi akan datang lebih berinformasi serta mengekalkan tahap hubungan yang lebih baik di antara semua pihak yang berkaitan dengannya.

            Terdapat pelbagai agensi pekerjaan yang dapat membantu individu ataupun syarikat untuk mendapatkan pekerjaan. Ia hanya bergantung kepada diri kita untuk mencari sumber kepada sesuatu pekerjaan tersebut. Antara agensi yang terkenal dan sering dikaitkan dengan pekerjaan adalah Jobstreet, Yahoo, Hot Job, Mudah.com(Monster), Mudah.my yang juga nenawarkan peluang pekerjaan dan bukan sekadar menawarkan lelongan barangan sahaja. 

            Begitu juga dengan portal kerajaan yang kini bersifat maya untuk rakyat mendapatkan peluang pekerjaan di jabatan kerajaan. Portal tersebut adalah spa8.gov.com.my. Dahulunya jabatan yang sinonim dengan peluang pekerjaan adalah Jabatan Buruh. Mereka menjadi pusat rujukan kepada rakyat untuk mendapatkan pekerjaan. Namun begitu, fungsi tersebut telah dikurangkan dengan kewujudan teknologi seperti internet. Masyarakat mampu untuk mengakses terus kepada kerajaan tanpa perlu bersusah payah untuk pergi ke pejabat buruh lagi. 

            Individu yang ingin mencari pekerjaan hanya perlu menaip resume dan menghantar kepada organisasi yang dipilih dan dirasakan bersesuaian dengan kelayakan, pengalaman yang ada dan memenuhi syarat yang diminta oleh organisasi tersebut. Kemudian hanya hantarkan email kepada syarikat tersebut atau menelefon untuk mendapatkan pengesahan dari pihak organisasi tersebut. Kemudian sebarang tindakbalas dan jawapan diberikan melalui email. Benarlah apa yang dikatakan oleh Marshall McLuhan didalam teorinya "Global Village". 

            Teknologi membantu memudahkan kehidupan manusia dan juga dapat menjimatkan masa. Remaja hari ini lebih gemar dan cenderung memilih bidang pekerjaan yang lebih ke arah praktikal seperti automobil, IT dan banyak lagi. Pemilihan bidang pekerjaan ini mungkin disebabkan oleh belia sekarang lebih sukakan sesuatu yang lebih mencabar, kreatif dan mempunyai sifat ingin tahu. Menurut sebuah penelitian dan kajian terhadap 500 orang belia dan 1030 orang dewasa yang dilakukan oleh Massachusetts Institute of Technology (MIT) serta bekerjasama dengan Lemelson, dapat menyimpulkan bahawa “Para belialah yang akan menentukan dan melakukan semua inovasi teknologi itu”.

            Menurut Tun Dr. Mahathir Mohd (1991), di dalam bukunya iaitu “20 tahun yang mengubah wajah Malaysia”  pernah berkata penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat diperlukan. Dengan adanya kemudahan tersebut, negara Malaysia boleh melahirkan tenaga kerja mahir bukan sahaja mempunyai kepekaan terhadap profesionalismanya tetapi juga sentiasa bersedia untuk menerima perubahan.

Namun begitu agensi pekerjaan juga mempunyai keburukan dan risiko kepada bakal pekerja antaranya:
1.      Ada sesetengah agensi pekerjaan menipu, mungkin mereka bukanlah agensi pekerjaan yang sah tapi berselindung di sebalik nama agensi pekerjaan.
2.      Agensi yang tidak sah biasanya mengenakan cas yang mahal kepada pencari kerja yang mendaftar dengan mereka, ini akan merugikan.
3.      Kebanyakan agensi mencari kerja menumpukan kepada peluang di sektor swasta, peluang anda untuk mendapat jawatan sektor awam adalah agak kurang, mahu atau tidak anda masih perlu mengisi peluang jawatan-jawatan yang ditawarkan oleh sektor awam.

            Masalah ini sudah berlarutan begitu lama dan ramai pencari kerja menjadi mangsa penipuan yang mana pekerjaan yang dijanjikan tidak muncul dan wang yang dibayar tidak dikembalikan. Mangsa-mangsa telah membuat aduan kepada banyak pihak termasuk kementerian, polis termasuk media masa, namun sindiket ini masih terus beroperasi dengan menggunakan pelbagai nama. Pejabat-pejabat operasi dikendalikan kerani sedangkan pengurus dan pemilik tidak kelihatan. Contoh agensi terbabit ialah Mega Access Resources (No. Pendaftaran 001583837-K yang beralamat Lot 7.23-7.24 Tingkat 7 Plaza Imbi, No. 28 Jalan Imbi Kuala Lumpur yang mempelawa pencari kerja mendaftar dengan membayar RM165 bagi khidmat konsultan dan yuran pendaftaran. Mega Access Resources dapat diakses melalui laman web Star Jobs Classified.

     Sememangnya, kemajuan teknologi memberi kebaikan kepada manusia tetapi kemajuan teknologi ini juga memberi kesan negatif kepada manusia. Teknologi yang semakin canggih akan mengakibatkan kurangnya tenaga buruh digunakan dalam sesuatu sektor. Impaknya, ini akan mengakibatkan pengangguran yang besar. Pengangguran yang tinggi akan memberi kerugian kepada negara. 

            Kelemahan yang kedua ialah kebanyakkan pekerja menyalahgunaan kecanggihan teknologi di tempat kerja dalam tugas mereka. Contohnya, mereka bermain permainan komputer (games), melayari laman-laman sosial seperti facebook dan twitter yang tidak patut digunakan ketika waktu berkerja. Kelemahan ketiga,teknologi yang canggih juga akan mengakibatkan masyarakat tidak berkemahiran dalam sesuatu pekerjaan. 

            Di antara masalah yang timbul ialah pemanfaatan teknologi komunikasi perniagaan oleh kumpulan pengganas yang semakin maju dalam penggunaan teknologi.Penggunaan informasi tertentu dan situasi tertentu yang terdapat di internet yang boleh disalahgunakan oleh pihak tertentu dan untuk tujuan tertentu.Selain itu juga.kecenderungan perkembangan teknologi dan ekonomi, akan member kesan kepada penyerapan tenaga kerja dan kelayakan tenaga kerja yang diperlukan. 

            Sememangnya, kemajuan teknologi memberi kebaikan kepada manusia tetapi kemajuan teknologi ini juga memberi kesan negatif kepada manusia. teknologi yang semakin canggih akan mengakibatkan kurangnya tenaga buruh digunakan dalam sesuatu sektor. Impaknya, ini akan mengakibatkan pengangguran yang besar. Pengangguran yang tinggi akan memberi kerugian kepada negara. Kelemahan yang kedua ialah kebanyakkan pekerja menyalahgunaan kecanggihan teknologi di tempat kerja dalam tugas mereka. Contohnya, mereka bermain permainan komputer, melayari laman - laman sosial seperti facebook dan twistter yang tidak patut digunakan ketika waktu berkerja. Kelemahan ketiga, teknologi yang canggih juga akan mengakibatkan masyarakat tidak berkemahiran dalam sesuatu pekerjaan.


No comments:

Post a Comment