Thursday 24 November 2011

E-Dagang

PERDAGANGAN DAN E-DAGANG

Malaysia merupakan salah sebuah daripada 20 negara perdagangan terbesar di dunia dan merupakan salah sebuah pembekal terbesar dunia bagi barang-barang seperti produk berasaskan getah, produk berasaskan kelapa sawit, produk berasaskan kayu, produk elektronik dan ICT, produk automotif, tekstil, buah-buahan dan makanan, dan produk-produk petrokimia.
Aktiviti-aktiviti perdagangan dan e-dagang dikenalpasti dalam Rancangan Malaysia Ke-9 sebagai salah satu sektor penting bagi pertumbuhan ekonomi negara.
Usaha-usaha pembangunan dalam sektor perdagangan akan terus diterajui oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. 

PERDAGANGAN ELEKTRONIK - SALURAN PERNIAGAAN BARU

Perdagangan Elektronik, juga dipanggil E-dagang atau dalam bahasa Inggerisnya Electronic Commerce (EC) adalah sebuah sistem perniagaan dan jual beli yang banyak menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutama telekomunikasi canggih sehingga dapat melindungi dan memuaskan pengguna-penggunanya iaiitu yang terdiri daripada penjual, pembeli dan pihak-pihak yang ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi.  Kebelakangan ini, ianya banyak menggunakan Internet khususnya Web untuk  mengadakan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak-pihak ketiga dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak dan boleh dipercayai.

Dengan E-dagang sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual dan beli dari dan di mana sahaja di dunia ini. Pra syarat terpenting untuk menjalankan perniagaan dalam suasana yang menggunakan teknologi E-Dagang ini ialah pemilikan kelengkapan IT yang sesuai dan prasarana telekomunikasi yang membolehkan anda mengkases Internet.  Ini sudah tentunya bermula dengan sebuah komputer, modem dan talian telefon. Penggunaan E-dagang dijangka akan melonjak naik dari setahun demi setahun sesuai dengan meningkatan penerimaan IT di kalangan masyarakat, walau bagaimanapun di antara yang membelenggu penerimaan e-dagang secara lebih meluas di kalangan khalayak ramai ialah persepsi bahawa e-dagang masih tidak boleh dipercayai dari segi keselamatan dan kepercayaannya berbanding dengan cara-cara tradisional perdagangan.

INTEGRASI PERNIAGAAN

E-dagang semakin meluas digunakan di kalangan masyarakat Internet terutama di negara-negara barat mulai pada pertengahan tahun 1990an.  Malah e-dagang sekarang ini diakui oleh syarikat-syarikat antarabangsa dan pakar-pakar pemasaran sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan lagi dan menjadi satu alternatif wajib untuk apa jua jenis perniagaan yang ingin pergi ke peringkat antarabangsa.

Salah satu kebaikan dan keuntungan daripada menggunakan kaedah e-dagang ini ialah perangkaian dan integrasi di antara semua syarikat-syarikat yang berhubung baik sebagai pembeli, penjual ataupun penyedia perkhidmatan yang berkenaan. Dengan cara ini pertukaran maklumat dan transaksi perniagaan dapat dijalankan daam sekelip mata yang dahulunya mungkin dibelenggu oleh karenah mengisian borang-borang kertas dan birokrasi.

Secara idealnya semua ini dapat dijalankan dengan efisyen oleh semua pihak yang terlibat dalam rangkaian e-dagang itu dan tidak dibelenggu oleh isu-isu ketidakserasian (incompatibility) atau piawaian (standard) teknologi dan telekomunikasi yang tidak serupa.  Ini telah ditawarkan oleh teknologi Internet yang menggunakan protokol telekomunikasinya yang dipanggil TCP/IP yang telah diterima pakai sebagai satu piawaian yang membolehkan sebarang pelantar (platform) komputer dapat saling berhubung dan bertukar maklumat dengan mudah.  Pengguna Web juga dapat berinteraksi dengan dunia Web dengan mudah dengan hanya menggunakan sebuah perisian pelayar Web (Web browser) seperti Netscape Navigator, Internet Explorer dan lain-lain lagi.

Penggunaan e-dagang oleh sesebuah syarikat itu juga dapat membantu mengintegrasikan semua bahagian dalaman syarikat tersebut dengan sesebuah transaksi perniagaan itu untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.  Sebagai contohnya apabila pelanggan membuat tempahan pembelian menerusi e-dagang, tempahan tersebut boleh dengan serta merta dihantar kepada beberapa bahagian dalaman yang berkenaan seperti bahagian penjualan, bahagian logistik dan bahagian pembuatan. Dengan ini pengkoordinasian dalaman untuk memenuhi pesanan tersebut akan menjadi lebih efisyen.

E-dagang sebenarnya terdiri daripada beberapa komponen yang mempunyai ciri-ciri dan fungsinya yang tersendiri sebagai contohnya Pertukaran Data Elektronik atau Electronic Data Interchange (EDI), Internet, pensijilan digital, tandatangan digital, wang digital, Electronic Funds Transfer , Electronic Catalogs, Intranets, Kod Bar dan lain-lain lagi.


JENIS-JENIS E-DAGANG

E-dagang dapat dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu di antara perniagaan  dan perniagaan dan yang keduanya di antara perniagaan dan pengguna. Jenis e-dagang yang pertama iaitu di antara perniagaan dan perniagaan melibatkan transaksi di antara dua atau lebih perniagaan atau syarikat di mana seringkali satu pihak merupakan syarikat pembekal kepada satu pihak yang lain.  Sebagai contohnya pengeluar kicap akan berinteraksi dengan sebuah pasaraya dalam proses memesan, menghantar dan membayar pesanan botol-botol kicap.

Jenis e-dagang yang kedua pula iaitu di antara perniagaan dengan pengguna pula melibatkan transaksi di antara penjual akhir sesuatu produk itu misalnya sebuah pasaraya yang menjual produk-produk kepada pengguna terakhir ialah orang ramai yang memesan satu atau dua botol kicap melalui e-dagang.

Dari segi jumlah transaksi yang dilakukan melalui e-dagang, jenis pertama iaitu transaksi di antara perniagaan dengan perniagaan sebenarnya paling banyak memberi kemanfaatan kepada sesebuah syarikat itu kerana jumlah pesanan di antara perniagaan seringkali besar dan kerap berbanding dengan di antara perniagaan dengan pengguna akhir.  Walau bagaimanapun perkara ini mungkin berubah apabila lebih ramai pengguna akhir menggunakan e-dagang untuk membeli barangan seharian seperti kicap, bunga, beras, baju, kereta dan lain-lain keperluan konsumer sesebuah mesyarakat itu.

KEBAIKKAN DAN CABARAN E-DAGANG
 
Secara umumnya e-dagang adalah model perniagaan yang mana segala aktiviti perniagaan dijalankan sepenuhnya melalui penggunaan internet sebagai mediumnya. Aktiviti e-dagang merangkumi penggunaan laman web bagi tujuan penjualan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan, melakukan pemasaran menerima bayaran melalui internet dan pengurusan khidmat pelangan secara online. Terdapat dua jenis perniagaan yang boleh di jalankan melalui medium internet iaitu yang berasaskan produk fizikal, produk digital dan produk perkhidmatan

Antara kebaikan dan keuntungan menggunakan kaedah e-dagang ialah perangkaian dan integrasi di antara semua syarikat-syarikat yang berhubung baik dengan pembeli, penjual ataupun penyedia perkhidmatan berkenaan. Ia memudahkan pertukaran maklumat dan transaksi perniagaan dapat dijalankan dengan sekelip mata serta tidak dibelenggu dengan kerenah pengisian borang-borang dan birokrasi (Majalah PC, Mei 2006).

Kebaikan E-Dagang yang ketara ialah dari sudut memberi keselesaan membeli-belah dalam ketenteraman rumah. Keadaan ini memberi peluang kepada pembeli untuk berbincang bersama ahli keluarga sebelum membuat pembelian. Belian yang menepati keperluan seisi keluarga adalah menjimatkan. Selain itu E-Dagang berupaya memberi maklumat yang mesra pelanggan dan terkini. Kemesraan ini terletak kepada susun atur yang mudah untuk dilayari serta mempunyai penerangan untuk setiap barangan dalam laman web. Maklumat yang diberi bertujuan untuk membolehkan pengguna membuatpilihan dengan betul.

Di samping itu, e-dagang juga banyak memberikan keburukan kepada pengguna iaitu ketersampaian kadar sesuatu barang yang perkhidmatan yang digunakan ditempah.Perkhidmatan yang baik merupakan faktor utama pengguna menggunakan perkhidmatan e-dagang melalui internet.Akan tetapi,barang yang ditempah daripada pengusaha tidak akan cepat sampai kepada para pengguna.Ini menyebabkan para penguna tidak yakin dengan e-dagang.

Dari segi kepuasan juga,turut mempengaruhi para pengguna menggunakan perkhidmatan e-dagang ini.Para pengguna lebih mementingkan kualiti sebenar sesuatu barangan yang dibeli.Pengguna yang bijak tidak melihat sesuatu barangan dari segi luaran semata-mata tanpa mengetahui kualiti sebenar barang tersebut.Contohnya,para pengguna hanya dapat melihat katalog yang diiklankan dalam perniagaan internet.Jelaslah,e-dagang dapat menimbulkan kesan baik dan buruk kepada para pengguna.Sekiranya perkhidmatan e-dagang ini digunakan sebaik-baiknya akan memberikan manfaat kepada pengguna.Akan tetapi sekiranya pengguna yang tidak bijak menggunakan perkhidmatan ini akan menyebabkan mereka kerugian.

JAMINAN PENGGUNA

Para pengguna kad kredit seperti VISA dan Mastercard tidak akan menghadapi sebarang masalah apabila mereka menggunakan kad kredit mereka untuk membeli-belah menerusi Internet. Dengan kehadiran teknologi enkripsi data seperti Secure Sockets Layer (SSL) dan Secure Electronic Transaction (SET) maka pengguna akan lebih terlindung untuk melakukan pembelian menerusi Internet. Satu alternatif lain pula ialah dengan mengunakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti Net.Trader,  Cybercash dan DigiCash yang membolehkan menghantaran wang menerusi talian tanpa menggunakan sebarang nombor kad kredit.

Lain-lain teknologi yang mennyokong dan menambahkan keselamatan transaksi e-dagang termasuklah sistem kriptografi PKI atau Public Key Infrastructure dan sijil digital.  PKI dan sijil digital bertindak seperti kad pengenalan yang akan mengesahkan identiti sebenar pengguna dan penjual dalam setiap transaksi e-dagang dan ini meningkatkan kebolehpercayaan transaksi tersebut.

Secara ringkasnya E-Dagang bermaksud, jual beli samada berupa barangan mahupun perkhidmatan melalui saluran elektronik sebagai contoh internet, telefon, fax dan lain.lain. Segala maklumat dan pertanyaan jual dan beli, dari penerangan produk sehingga produk diterima serta khidmat pelanggan semuanya melalui internet. Dengan melalui saluran elektronik, masalah jarak dan waktu dapat diselesaikan kerana peniaga dan pembeli dapat berinteraksi di ruang siber. Untuk menjalankan perniagaan E-Dagang anda memerlukan sebuah laman web dan juga merupakan ‚kedai maya’ anda untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan anda. Sistem pembayaran di internet juga, makin hari makin berkembang dengan adanya ciri-ciri keselamatan. Khidmat pelanggan juga dapat dilaksanakan melalui email mahupun talian telefon.

 Bagi pendapat umum, E-Dagang merupakan satu perniagaan yang meningkat maju dan satu hari nanti menjadi satu perniagaan yang terunggul. Kita sekarang berada di zaman informasi dan bukan lagi di zaman perindustrian. Semenjak tembok Berlin dijatuhkan, zaman informasi terlah bermula dengan seringkali kita dengan www. Sejak daripada itu ramai jutawan-jutawan malahan billionaire datang dari E-dagang seperti Bill Gates, Michel Dell dan juga sahabat Larry Page dan Sergey Brin yang menubuhkan Google. Di dalam negara kita juga, kita mempunyai pakar dalam perniagaan internet iaitu Irfan Khairi. Jika anda benar-benar ingin memulakan perniagaan, perniagaan internet boleh menjadi satu pilihan kerana kos yang murah dan pulangan yang amat memberangsangkan.


No comments:

Post a Comment