Thursday, 3 November 2011

Peluang Pekerjaan Di Dalam Teknologi Komunikasi.


USAHAWAN BISKUT ONLINE
Nani Rostam Jana RM20,000 Pada Ramadhan


PROFILE
Nama: Nani Rostam

Pekerjaan: Peniaga biskut dan kek, jurusolek sambilan.

Suami: Zainal Rashid, 58, pemilik syarikat perunding perniagaan sendiri.

Anak: Enam orang

PERNAH berniaga aiskrim jeli di pekarangan sekolah sementara menunggu anak-anak tamat waktu persekolahan dan dia juga pernah mengambil upah menghantar anak jiran ke sekolah.
Tanpa mengenal penat, kini wanita gigih, Karshinah Rostam atau lebih dikenali sebagai Nani Rostam, menjual biskut raya secara online demi memenuhi minatnya terhadap perniagaan. Bagi memastikan semua permintaan pelanggan dapat dipenuhi, Nani menyewa sebuah rumah untuk dijadikan bengkel sementara bagi menempatkan 14 pekerja sambilan dan turut dibantu adik iparnya, Zurina Kassim Baba. Wanita ini berusia 44 tahun dan bergelar suri rumah sepenuh masa dan mula berniaga biskut sejak 10 tahun lalu iaitu ketika dia masih bekerja di bank.

Ketika itu, saya belum mahir internet jadi tempahan banyak diterima daripada rakan sekerja, jiran tetangga, malah saya juga minta anak-anak berikan nombor telefon ibu kawan mereka untuk saya hubungi. Melalui perniagaan biskut di laman blog 
www.nanirostam.blogspot.com, tugas Nani lebih mudah terutama dari segi pemasaran produk dan penghantaran. Kaedah digunakan juga dikemas kini setiap tahun bagi memudahkan tugas penyerahan, juga bagi mengelakkan kekeliruan, tambahan pula tahun ini dia perlu mengendalikan lebih 300 orang pelanggan dari dalam talian.

"Saya meletakkan syarat, setiap tempahan perlu diambil sendiri bagi memastikan ia tidak rosak cuma ada juga pelanggan dari jauh tetap mahu merasa biskut buatan saya dan mahu ia dihantar secara pos," katanya yang turut meraih pendapatan bulanan sebanyak RM1,000 daripada iklan Nuffnang (pengiklan mendapat bayaran berdasarkan hit).

Pelanggan Nani kebanyakan adalah pembaca setia blog peribadinya dan blog anak gadisnya, Hanis Zalikha, dari sekitar Lembah Klang, Putrajaya, Sabak Bernam Pantai Timur dan Seremban.

"Pelanggan dari sekitar Shah Alam dan Kuala Lumpur akan datang sendiri mengambil tempahan, manakala tempahan diterima dari Terengganu, Johor dan Kelantan akan saya kirim melalui pos," katanya.

"Sekurang-kurangnya dengan wang jualan biskut, bolehlah saya membeli barang persiapan raya untuk keluarga dan tidak perlulah saya membebankan suami," katanya tersenyum.


No comments:

Post a Comment