Thursday 10 November 2011

IMPAK TEKNOLOGI KEPADA PEKERJA PADA ZAMAN MODEN


IMPAK TEKNOLOGI KEPADA PEKERJA PADA ZAMAN MODEN


Aspirasi negara yang diilhamkan dalam Wawasan 2020 ialah pencapaian taraf sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Ini bermakna kemajuan penuh dalam semua aspek kehidupan termasuk dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan. Menurut Wawasan 2020, hasrat mencapai taraf yang benar-benar maju hanya boleh dicapai dengan mengatasi sembilan cabaran strategik yang telah ditentukan.       

Negara yang pesat dan maju bukan sahaja boleh melihat dari segi politik dan ekonomi, tetapi ia juga boleh melihat berdasarkan teknologi. Contohnya, negara maju seperti US, Jepun, Korea boleh dianggkap Negara yang maju disebabkan Negara itu mempunyai teknologi yang agar canggih. Adakah teknologi ini boleh membawa kemajuan sesebuah Negara? Seterusnya, adakah teknologi yang canggih boleh membawa kesan positif atau negatif kepada masyarakat dalam pekerjaan?

            Mengikut pandangan falsafah, mereka menggapkan teknologi ini hanya satu perkakasan dalam sebuah struktur organisasi yang mengandung nilai-nilai sosial, kemungkinan setiap individu mengumpulkan, memproses dan salin tukar-menukar informasi dengan individu-individu lain. Sebenarnya, hanya kepakaran dalam bidang komputer menggunakan perkakasan ini untuk menjalankan urusan dan perniagaan sahaja. Akan tetapi, teknologi ini juga boleh membawa impak positif kepada masyarakat dalam pekerjaan.
Dengan kewujudan teknologi ia mampu membuka peluang kepada masyarakat dunia untuk menikmati hidup yang lebih selesa, aman dan mudah. Contohnya pada zaman sekarang dapat dilihat perkembangan teknologi komunikasi sendiri telah membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat di seluruh dunia. Terdapat syarikat-syarikat besar seperti multinational corporation telah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Teknologi bukan sahaja memudahkan hidup, kerja dan menjadikan sesebuah masyarakat itu sebagai satu masyarakat yang bermaklumat.

Kesan teknologi kepada kita sebagai masyarakat yang sering kali dikaitkan dengan maklumat adalah tentang pengetahuan, ekonomi, politik dan juga dari segi sosoi-budaya. Dari McLuhan teknologi memebawa kepada kebaikan ekonomi. Contohnya wujud pasaran bebas dan tiada pendominasian oleh mana-mana pihak. Walaupun kita sedari ada pihak yang mendominasi teknologi iaitu negara-negara maju yang cuba mendominasi teknologi dengan mewujudkan pasaran oligopolistik. Walaupun begitu halnya, sedikit sebanyak ia membantu negara lain untuk memberika peluang pekerjaan walaupun ia di anggap mengeksploitasi sumber-sumber yang ada di negara berkenaan. Seperti sumber manusia, Gunder Frank 1969 pembangunan yang dijanjikan tidak berlaku, menurut Frank syarikat besar seperti Transnational Corporation (TNC) mendapat sokongan daripada kerajaan mereka. Melalui sokongan ini mereka mengusai negara lain, bahan mentah, penggunaan tenaga dan pengeluaran. Negara maju telah mengusai ataupun telah mengeksploitasikan negara mundur. Keadaan ini mengukuhkan lagi negara mundur semakin mundur akibat daripada pergantungan kepada negara maju. Keadaan ini di sebut sebagai “Development of Underdevelopment”. (Thussu; 2000; Approaches to theorizing international communication.

Untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara maju pada tahun wawasan 2020. Tun Doktor Mahathir (1991) pernah berkata penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat diperlukan. Dengan adanya kemudahan tersebut, Negara Malaysia baru boleh melahirkan tenaga kerja mahir yang bukan sahaja mempunyai kepekaan terhadap profesionalismanya tetapi juga sentiasa bersedia untuk menerima perubahan.
Walaupun demikian kita juga masih mendapat faedah dari aktiviti tersebut iaitu rakyat kita mendapat pekerjaan. Contohnya seperti Syarikat Dell, Intel, Kentucky Fried Chiken, Mc Donald’s, Pizza Hut dan sebagainya. Syarikat-syarikat Multinational ini juga menjadi pemangkin dalam membantu menggerakan ekonomi negara ini. Malah kerajaan sendiri menggalakkan mereka supaya melabur di Malaysia.

Menurut Teori Global Village yang dibangunkan oleh McLuhan, teknologi juga turut mempengaruhi politik. Demokrasi semakin diperluaskan dan ruang hak bersuara semakin diperbesarkan.http://en.wikipedia.org/wiki/Marshall_McLuhan#The_global_village
Ini kerana terdapat pelbagai saluran pengedaran dan peyampaian yang membolehkan setiap individu menyuarakan pendapat dan hak mereka. Era tahun 2003 membawa kita masyarakat dunia kepada hak kebebasan bersuara melalui blog. Semua individu berhak menyatakan hak mereka dan mereka boleh berkongsi dengan masyarakat dunia. Dunia tidak lagi dibatasi melainkan hanya jurang digital yang memisahkan sesetengah tempat untuk mengakses internet.

Dengan adanya kemudahan ini, kerja kita akan menjadi ringan berbanding dengan dahulu. Pada tahun 60an-70an, dalam sebuah kilang kereta mereka hanya mengupah juruteknik untuk memasangkan kereta, tetapi sekarang masa sudah berubah hanya mesin atau robot yang tolong memasangkan kereta. Jadi, kerja juruteknik hanya berdiri di sebelah mesin dan jaga sahaja. Selain itu, kereta yang dihasilkan pada masa ini agar banyak berbanding pada zaman dahulu. Melalui perkembangan teknologi kehidupan manusia menjadi lebih mudah. Menurut McLuhan, teknologi membawa kepada perubahan sosio-budaya.
Terdapat kelapangan masa iaitu melalui teknologi kerja-kerja manusia dapat di mudahkan dan di percepatkan sehingga membolehkan kita mempunyai masa lapang untuk melakukan aktiviti lain seperti menikmati hasil budaya. Dengan teknologi juga manusia bebas menggunakan dan memiliki maklumat tanpa ada sekatan. Kita boleh mengakses bila-bila masa untuk mendapatkan maklumat tanpa mengira waktu.

Dengan adanya kemudahan teknologi dalam pekerjaan, masa yang digunakan adalah pendek berbanding dengan dahulu. Pada zaman dahulu, mereka hendak menulis data-data perniagaan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan dan menggunakan file untuk simpan sahaja. Oleh itu, kebanyakan orang akan mengalami masalah dokumen hilang atau tercicir. Sekarang dengan adanya kemudahan seperti pendrive atau CD, kedua-dua perkakas ini boleh menolong kita menyimpan  data-data perniagaan. Selain itu, kita hanya taip nama pelanggan di dalam file itu, ia akan tolong kita mengeluarkan semua data dan informasi.
            
            Sebaliknya, teknologi ini boleh membawa impak negatif kepada masyarakat. Oleh sebab adanya kemudahan internet, mereka akan menggunakan masa bekerja untuk membuka facebook, msn, skype dan sebagainya. Malahnya, hasil kerja pekerja akan menjadi lambat dan tidak efisen. Ini akan mempengaruhi pengeluaran syarikat itu menjadi kurang.
            
            Selain itu, teknologi dalam pekerjaan akan membawa negatif kepada pekerja malas akan menjadi lebih malas. Sebagai contohnya, pekerja akan fikirkan perkakasan mesin atau robot ini boleh tolong mereka membuat kerja. Jadi, mereka hanya menekankan butang mesin sahaja, selepas itu mesin akan tolong mereka menghasilkan produk sahaja. Dengan adanya sikap pekerja itu, mereka akan menjadi lebih malas berbanding pada zaman dahulu.

Natijah daripada kemajuan sains dan teknologi kini sememangnya banyak membawa kepada kebaikan disamping terselit juga keburukan. Pokok pangkalnya, apa jua kemajuan yang dicapai perlulah berlandaskan nilai- nilai kemanusiaan dan mengikut batas- batas penerokaan ilmu yang telah ditetapkan. Barulah kemajuan dan pembangunan yang kita capai tidak disalahgunakan dan tidak mendatangkan keburukan kepada masyarakat lain kerana kadangkala keburukan itu sebenarnya kita juga yang menciptakannya.


No comments:

Post a Comment