Thursday, 1 December 2011

Teknologi dan wanita.

Teknologi Dan Wanita
       “Untuk apa wanita belajar tinggi tinggi, pada akhirnya tempatnya di dapur juga” sebahagian orang bersependapat dengan kalimat seperti saya sebutkan diatas. Hal ini dikeranakan ‘mind set’ kita mengenai kedudukan perempuan yang hanya memiliki kodrat untuk menjaga anak, mengurus rumah dan melayani suami dengan baik. Seperti system patriarki yang sudah mengalir dalam kehidupan kita. Patriarki adalah suatu sistem sosial dimana peran laki-laki sebagai symbol pemimpin. Kepemimpinan yang dipimpin oleh laki laki ini termasuk dalam banyak aspek iaitu dalam pusat organisasi sosial, hingga kekeluargaan. Sebagaimana yang kita ketahui, dalam al-quran yang mana sudah memberikan pengetahuan bahawa sanya pria memiliki kedudukan yang lebih diatas wanita kerana ianya adalah seorang kepala keluarga. Secara historisnya, patriarki telah terwujud dalam organisasi sosial, hukum, politik dan ekonomi dari berbagai budaya yang berbeza. Salah satu faktor yang sangat mendukung patriarki tersebut ialah perbezaan fisik secara biologisnya yang jelas terlihat. Kenyataan biologis yang membezakan antara lelaki dan wanita ini telah melahirkan dua teori iaitu teori nature dan teori nurture. Ketika ekonomi-politik memberikan perhatian pada agensi, proses, dan praktik relasi sosial dan proses kekuasaan yang diorganisasikan di sekitar kelas, jender, ras, dan gerakan sosial yang saling berhubungan dan berlawanan satu sama lain. Proses tersebut biasanya lebih memfokuskan perhatian pada kelas sosial dan gender. Seperti teori nature yang terdapat dalam sistem patriarki, dimana Teori Nature mengatakan bahawa perbedaan peran lelaki dan wanita adalah bersifat kodrati atau lahiriah, seperti contoh anatomi biologis lelaki yang berbeza dengan perempuan menjadi faktor utama dalam menentukan peran sosial. Lelaki memerankan peran utama dalam kehidupan masyarakat kerana dipandang lebih potensial, lebih kuat dan lebih produktif berbanding dengan wanita yang secara islamnya terbentuk dari tulang rusuk lelaki sehingganya pemikiran yang rasional menjadikan kekuatan wanita seperti 1:10 dengan lelaki. Selain itu pula perempuan memiliki karakteristik yang menyimbolkan kelemah lembutan iaitu dari menjadi sosok seorang ibu. Mengandung, menyusui, melahirkan akan membatasi ruang gerak perempuan, perbezaan yang ketara ini turut menyumbang perbezaan secara fizikal antara lelaki dan perempuan. Hal tersebut ialah beberapa contoh beberapa keterbatasan wanita dalam mendapatkan peluang di luar sana.  

Sebagai makhluk ciptaan tuan yang memiliki akal pikiran dan perasaan serta anggota tubuh yang sempurna, tentu setiap manusia memiliki cita cita dalam mencapai kehidupan. Agar cita cita dapat diwujudkan kita tentunya mesti memiliki keahlian yang diminta oleh zaman kini, keahlian ini bersumber pada ilmu pengetahuan serta bakat alam yang sudah terlihat sejak kecil. Untuk itulah orang tua kita selalu memberi semangat dengan perkataan “kejarlah ilmu sampai ke negeri China” tetapi dengan adanya sistem patriarki yang sudah seperti mendarah daging ini membuatkan ramai wanita yang setelah berkahwin duduk dalam rumah sahaja.
Dengan semakin berkembangnya tekhnologi saat ini, maka teori tersebut lambat laun boleh digeser kerana walaupun wanita tidak mendapat banyak tempat diluar sana tetapi dengan adanya tekhnologi dapat membantu mereka meluangkan masa dengan cara berniaga, seperti contoh saat ini ramai wanita yang menggunakan jasa tekhnologi untuk berjualan baju, cupcake, bahkan orderan membuat bag dan kasut. Pekerjaan seperti ini tidak membuat perempuan mengabaikan kewajiban mereka sebagai orangtua sekaligus isteri, kerana pekerjaan seperti ini umumnya berlokasi di rumah sendiri. Sebenarnya bukan hanya yang terjadi pada wanita sahaja, tetapi tekhnologi dapat dinikmati oleh kaum lelaki sebagai alat untuk lebih cepat menyalurkan pengiklanan yang mereka punya. Kesimpulannya ialah tekhnologi memiliki pernanan penting dalam perniagaan saat ini, tak kiralah sama lelaki atau perempuan, niaga besar ataukah kecil. Khusus kepada wanita tekhnologi saat ini membantu mereka mengisi masa lapang dengan membuka usaha perniagaan dengan tidak mengeluarkan kos besar sehingga mengganggu keuangan keluarga kerana tidak perlu menyewa toko untuk berniaga. Cukup menawarkan barang perniagaan mereka dalam laman web, hal ini juga sekaligus membantu wanita diluar sana agar dapat merasakan wang hasil kerja sendiri tanpa harus selalu meminta kepada suami. Dan kerana saat ini emansipasi wanita sudah berkembang, maka wanita dianjurkan untuk dapat berdiri pada kaki mereka sendiri.




No comments:

Post a Comment