Thursday 1 December 2011

DUNIA TEKNOLOGI DALAM PEKERJAAN

Dunia Teknologi Dalam Pekerjaan

Takrifan teknologi terhadap aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.Selain itu juga teknologi sering dikaitkan dengan pekerjaan.Ini kerana pekerjaan merupakan asas kepada kehidupan setiap individu. Ia membolehkan seseorang itu menjadi penyumbang utama kepada masyarakat dan juga ekonomi negara disamping menyediakan keperluan asas kepada ahli keluarga yang berada di bawah tanggungannya.

Menurut Prof Manuel Castells Oliván ia berpendapat bahawa perubahan bentuk rangkaian syarikat mendahului teknologi elektronik internet yang berkaitan dengan bentuk organisasi dan tiada struktur hubungan yang sistematik diantara penggunaan teknologi maklumat dengan evolusi pekerjaan dalam ekonomi secara keseluruhannya.Sebelum adanya teknologi kehidupan manusia dalam bidang pekerjaan amat suka. Ini kerana semua kerja hendaklah dilakukan secara tradisional, Di sebabkan itulah teknologi diwujudkan kerana teknologi boleh membawa arus permodenan dalam pendekatan yang lebih sistematik dan tersusun, dengan adanya teknologi yang semakin canggih. Semua data-data yang diperlukan boleh di simpan di dalam komputer.Ini lebih menyenangkan pencarian maklumat dan juga dapat menjimatkan ruang pejabat. Penggunaan computer telah berevolusi kepada bentuk yang menampakkan pengaruh yang lebih mendalam keatas kehidupan manusia. Contohnya penggunaan rangkaian ‘internet’ telah dan berupaya menyebabkan perubahan yang besar keatas aspek fizikal, ekonomi dan social melalui globalisasi serta berkembangnya modal antarabangsa kapitalis. 

Teknologi maklumat akan membezakan sebuah Negara maju dengan sebuah negara sedang membangun (Arun, 1999). Mengikut paradigm dominant eknologi berlandaskan beberapa andaian seperti teknologi membawa perubahan positif kepada masyarakat,Komunikasi boleh mendekatkan manusia yang terpisah jauh seperti telefon, Memberi laluan atau kemudahan kepada manusia untuk menimba ilmu pengetahuan,menghubungkan manusia dengan mudah contoh seperti talian 3G,dan" video conference.

Mesin yang canggih juga digunakan di dalam kilang untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan boleh menghasilkan produk dalam kuantiti yang lebih tanpa manggunakan tenaga kerja yang banyak. Namun demikian, teknologi ini boleh menyebabkan berlakunya keuntungan atau kerugian yang berbeza diantara firma, industri,sektor,wilayah dan negara. Hal ini, ianya bergantung kepada keupayaan dayasaing, strategi firma, dasar kerajaan, dan persekitaran. Penggunaan teknologi maklumat dalam kilang, pejabat dan sector perkhidmatan telah mencetuskan kebimbangan pekerja bahawa mereka akan digantikan oleh peralatan manakala penggunaan teknologi dalam pekerjaan juga, menjuruskan urusan-urusan pengeluaran dan pemasaran secara elektronik dengan penjimatan-penjimatan kos melalui pesanan-pesanan Elektronik dalam E-dagang dan Pengeluaran Just-in-Time. Selain itu juga dengan adanya teknologi yang semakin canggih ini pekerja tidak perlu keluar untuk bekerja dimana hanya duduk di rumah juga boleh melakukan kerja. Penggunaan teknologi dalam perniagaan perlu bijak untuk mendapatkan sebarang maklumat penting tentang pekerjaan tersebut. Tambahan pula, teknologi kini terdapat banyak informasi yang membolehkan pengguna untuk berusaha dengan merebut peluang yang ada. Hal ini, membawa kepada adaptasi pembaharuan yang lebih berkesan dan member cenderung dalam mendapatkan impak yang positif dimana sesebuah perniagaan atau pekerjaan sangat mementingkan perubahan secara cepat dan pantas.Justeru itu, reality kejayaan sesebuah perniagaan tidak tertakluk kepada teknologi semata-mata. Hal ini, dapat dilihat dimana usaha seseorang itu penting dalam mencapai sasaran yang tersendiri dan mencapai objektif berdasarkan motif yang utama. Oleh itu, teknologi dalam pekerjaaan memainkan peranan penting dan member kesan keatas generasi pada masa hadapan dimana penggunaan teknologi akan member impak yang positif mahuapun negative kepada penggunaan sekiranya tidak menilai dengan baik. Malah,   perlu mengimbangi secara keseluruhan tentang komponen dalam setiap sudut mengenai kemampuan teknologi dalam pekerjaan.

Ini kerana peluang pekerjaan tidak diberi dan amat bergantung kepada penggunaan teknologi sahaja. Oleh itu berlakulah pengagihan tempoh pekerjaan dalam hidup dan system baru dalam sesuatu perhubungan industry itu. Justeru itu, teknologi sebenarnya tidak akan menyebabkan berlakunya pengangguran walaupun waktu bekerja telah dikurangkan. Bagi menstukturkan semula kepercayaan dalam membuat keputusan yang lebih efektif dimana setiap pekerja perlu mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi untuk bidang pekerjaan.Oleh itu sekiranya wujud tren pengangguran yang disebabkan oleh peningkatan teknologi maklumat maka campurtangan kerajaan adalah perlu untuk mengenakan dasar serta garis panduan bagi mewujudkan peluang pekerjaan di dalam sektor yang akan menguntungkan keseluruhan system ekonomi Negara misalnya sector sokongan perkhidmatan.

Manakala golongan optimis berpendapat bahawa Idea yang menyokong (pro), bersetuju dan konsensus dengan idea bahawa penggunaan teknologi komunikasi mampu menyeimbangkan dunia. Mcluhan, Daniel Bell, Alvin Toffler dan David Lyon adalah golongan yang optmis yang menyokong idea revolusi ini. Golongan ini juga turut dikatakan mempunyai pandangan dominan terhadap teknologi. Manakala mengikut (Lyon:1988:146) Teknologi membawa pelbagai faedah dan menjanjikan dunia lebih maju dan sempurna. Ini bermaksud dengan adanya teknologi yang semakin canggih banyak kilang-kilang akan di buka dan memerlukan pekerja untuk menjaga mesin-mesin di kilang tersebut. Oleh itu, perlu menyimbangi penggunaan pekerjaan dalam membentuk setiap urusan dalam pekerjaan lebih bermutu serta berkualiti mengikut jenis pekerjaan tersebut. Malah, sentiasa mengadaptasikan pembaharuan teknologi dalam bidang pekerjaan. Disamping itu juga, dapat mengurangkan pengangguran dalam kalangan siswazah apabila sesuatu teknologi semakin canggih dapat menarik minat siswazah tersebut dalam bidang Teknologi.Selain itu dengan adanya remote sensing ia boleh membantu Jabatan alam sekitar dan sumber asli untuk meramal cuaca, kekayaan sumber muka bumi, minyak , kelompok dan lubuk ikan. Manakala dalam teknologi military kegiatan ketenteraan untuk tujuan mengintip ini boleh membantu tentera mengenalpasti dimana musuh berada.

Oleh itu,penggunaan teknologi di dalam setiap pekerjaan tidak lah hanya mendatangkan impak yang negative kepada Negara. Ia juga menyumbangkan pelbagai impak yang positif kepada masyarakat dan Negara.

No comments:

Post a Comment