Thursday 27 October 2011

Teknologi membantu perkembangan perniagaan


Teknologi Membantu Perkembangan Perniagaan.

Perkembangan teknologi banyak memainkan peranan penting dalam dunia perniagaan demi untuk meningkatkan lagi ekonomi sesebuah negara. Platform menggunakan teknologi turut dilihat dapat membantu memudahkan lagi pengguna dalam pelbagai urus niaga bersama dengan peniaga. Perkembangan teknologi banyak membantu dunia untuk mencapai kemajuan. Hal ini melalui perkembangan teknologi pelbagai perkhidmatan dapat disediakan melalui perniagaan yang dijalankan oleh pihak pengusaha supaya dapat memajukan aktiviti perniagaan melalui jualan secara online. Selain itu, mereka juga dapat mencari pengguna dengan lebih pantas dan dapat meningkatkan pendapatan harian mereka dengan cepat. Contohnya kebanyakan organisasi perniagaan telah mula menggunakan teknologi komputer untuk mengira gaji, mengesan barang-barang yang dijual,surat, invois dan sebagainya. Teknologi yang relevan boleh memberikan impak positif jika digunakan dalam sesebuah perniagaan. Selain menjadi komponen penting dalam perniagaan, perhubungan harmoni di antara teknologi dan perniagaan harus diwujudkan. Malah, jika penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing sama ada di peringkat tempatan dan global. Merujuk kepada kelebihan teknologi, untuk meningkatkan hasil, mengurangkan kos operasi, meningkatkan kepuasan pelanggan, rakan kongsi dan pekerja. Selain membantu dalam peningkatan hasil, penggunaan teknologi juga dapat mengembangkan capaian ke negara lain apabila wujudnya teknologi canggih seperti Internet dan e-dagang. Pengiklanan dan juga kehadiran sesuatu perniagaan fizikal di Internet dapat membantu menjana keuntungan tambahan serta dapat menarik prospek yang sebelum ini tidak mengetahui tentang sesuatu perniagaan itu. Berikut adalah beberapa contoh penggunaan media Internet dalam membantu usahawan-usahawan yang memiliki kedai fizikal Terdapat beberapa medium sistem perniagaan online yg diaplikasikan seperti Laman web, Blog, dan Youtube. Sebagai contoh Bayangkan sekiranya anda seorang agen insurans, atau agen jualan langsung, atau agen haratanah, dalam masa sehari berapa ramai prospek anda boleh jumpa Langkah utama dalam mempunyai kehadiran di Internet adalah dengan memiliki laman web sendiri. Pengguna Internet Malaysia kini menjangkau 14 juta pengguna. Dengan penggunaan Internet yang amat tinggi ini, tidak mustahil untuk mendapat 100-200 pelawat melawat laman web anda setiap hari (atau lebih). Dengan menyediakan laman web, anda boleh meletakkan segala maklumat atau presentation perniagaan anda. Pelawat akan melawat laman anda dan mempelajari segalanya berkaitan dengan perniagaan anda. Penggunaan blog boleh juga membantu sesuatu perniagaan dalam merapatkan lagi pengguna tersebut dengan pemilik perniagaan. 
Contoh blog www.IrfanKhairi.com di mana ia memberi tip-tip perniagaan, kewangan dan motivasi. Di samping itu, blog digunakan untuk memperkenalkan produk-produk dan perkhidmatan Irfan Khairi Sdn Bhd kepada pelawat blog. kehadiran blog juga membolehkan 1,000 prospek mengetahui tentang perniagaan Dr Irfan setiap hari. 



Sebelum ini, untuk membuat iklan berbentuk audio dan visual, pilihan usahawan adalah TV. Tetapi, kita sedia tahu bahawa pengiklanan TV adalah amat mahal terutama untuk usahawan-usahawan kecil dan sederhana.YouTube.com boleh membuat iklan berbentuk audio visual untuk tatapan pengguna-pengguna Internet. Sehingga slogan YouTube sendiri berbunyi “Broadcast Yourself! Perkembangan pesat dunia sains dan teknologi telah mengubah corak hidup masyarakat kini. Segala urusan, pemprosesan, pengumpulan maklumat-maklumat, atau apa juga aspek-aspek dalam pelbagai bidang yang dahulunya dilakukan secara manual, telah memberikan banyak risiko daripadanya telah berjaya dilakukan dengan lebih efektif, cepat, serta lebih praktikal dengan pengaplikasian atau penggunaan teknologi maklumat atau komputer.  Apa jua bidang pengkomputeran telah banyak mengambil-alih tugas manusia. Ia bukan sahaja dapat membantu dalam pengiraan, menyimpan maklumat, mengesan sesuatu juga membuat keputusan untuk meningkatkan keberkesanan dan produktiviti. Maka dengan itu jelaslah dikatakan kini bahawa penggunaan teknologi telah meluas dipraktikkan dan digunakan. Bersesuaian dengan dunia globalisasi dan tanpa sempadan, teknologi merupakan mesin maklumat dalam masyarakat kini dan ia juga merupakan nadi penggerak semua jentera pentadbiran dalam apa juga pelbagai bidang.

1 comment:

  1. Maklumat yang bagus di sini, saya ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman saya yang cuba mendapatkan pinjaman untuk mengembangkan Perniagaan Pakaian saya di sini di Malaysia. Sungguh sungguh berat pada perniagaan saya yang turun kerana penyakit masa kecil saya kemudian ketika saya sembuh saya memerlukan dana untuk menetapkannya lagi untuk saya bermula jadi saya berjumpa Encik Benjamin seorang pegawai perunding pinjaman di Le_Meridian Funding Service Dia bertanya saya dari projek perniagaan saya dan saya beritahu dia saya sudah memiliki Satu dan saya hanya perlu pinjaman 200,000.00 USD dia memberi saya borang untuk mengisi dan saya juga dia meminta saya ID Sah saya dalam beberapa hari Mereka melakukan pemindahan dan pinjaman saya telah diberikan . Saya benar-benar ingin menghargai usaha itu juga cuba mendapatkan ini kepada sesiapa yang mencari pinjaman perniagaan atau isu kewangan lain untuk Menghubungi Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian Pada E-mel: lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com Dia juga boleh didapati di WhatsApp Hubungi: +1 -9893943740.

    ReplyDelete