Thursday 3 November 2011

Teknologi Vs Buruh


Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai  kaedah untuk  memindah, menyebar dan memaparkan maklumat. Maklumat tersebut boleh wujud dalam pelbagai bentuk sama ada di dalam  bentuk fizikal. Contohnya kertas,buku, bentuk suara, paparan visual, pergerakan atau dalam bit. Perkembangan teknologi maklumat telah mencapai suatu tahap di mana ia mula mempengaruhi  kehidupan manusia terutamanya penduduk bandar. Pada asalnya, teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk menyebaran pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya. Peranannya sebagai agen perubahan tidak pernah berkurang tetapi semakin bertambah lebih-lebih lagi dengan kewujudan komputer. Oleh itu ia telah berevolusi kepada bentuk yang memaparkan pengaruh yang lebih mendalam ke atas kehidupan manusia. Contohnya penggunaan rangkaian ‘Internet’ berupaya menyebabkan perubahan yang besar ke atas aspek fizikal, ekonomi dan sosial melalui globalisasi serta berkembangnya, modal antarabangsa kapitalis.Teknologi maklumat akan membezakan sebuah negara maju dengan sebuah negara sedang membangun(Arun, 1999). Di samping itu, aspek sosial pula meliputi cara dan corak berinteraksi, pergerakan manusia, aktiviti manusia, cara hidup manusia, kualiti hidup manusia, taraf kesihatan manusia dan sebagainya. Selain itu, rangkaian ‘Internet’ juga  boleh digunakan  dalam  pelbagai urusan untuk menjalankan perniagaan secara ‘digital dan  ini mempunyai implikasi yang besar terhadap proses pembandaran pada masa akan datang.



Kesan Teknologi Maklumat Terhadap Pekerjaan : Kepada Masyarakat Tanpa Kerja?
Penggunaan teknologi maklumat dalam kilang, pejabat dan sektor perkhidmatan telah mencetuskan kebimbangan pekerja bahawa mereka akan digantikan oleh peralatan. Namun berdasarkan pencapaian negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Jepun, kebimbangan tersebut nampaknya tidak berasas. Merujuk kepada "1994 WhitePaperoftheEuropeanCommisiononGrowth, Competitiveness, andEmpoyment" antara 1970 dan 1992, ekonomi Amerika Syarikat bertumbuh 70% sementara pekerjaan bertumbuh 49%. Ekonomi Jepun bertumbuh sebanyak 173%, dengan pertumbuhan pekerjaan 25%. Di samping itu, antara 1993 dan 1996, apabila kebanyakan negara Eropah mempunyai kadar pengangguran yang tinggi, Amerika Syarikat yang menggunakan teknologi maklumat dalam pejabat dan kilang, telah menghasilkan lebih lapan juta pekerjaan baru(Castells,1996). Ahli teori perdagangan(Tradetheorist) berhujah bahawa potensi pengurangan pekerjaan sebagai kesan penggunaan teknologi maklumat akan wujud sekiranya perkembangan dalam permintaan tidak di seimbangkan dalam peningkatan produktiviti buruh dan tiada tindakbalas institusi untuk mengurangkan masa berkerja dan bukannya berkerjasendiri. Menurut Castells, tiada struktur hubungan yang sistematik di antara penggunaan teknologi maklumat dengan evolusi pekerjaan dalam ekonomi secara keseluruhannya. Sesetengah pekerjaan semakin tidak penting, tetapi terdapatnya pekerjaan baru yang kian meningkat. Namun kuantiti hubungan di antara kerugian dan keuntungan tersebut berbeza di antara firma, industri, sektor, wilayah dan negara. Ia bergantung kepada keupayaan saing, strategi firma, dasar kerajaan, persekitaran institusi dan kedudukan relatif dalam ekonomi global.

Menurut OrganizationforEconomicCooperationandDevelopment(OECD), pada awal abad ke-21, dijangkakan akan terdapat peningkatan pekerjaan bagi negara-negara seperti  Amerika Syarikat, 1992-2005, akan mengalami peningkatan pekerjaan bersih 24 juta(peningkatan 19% sepanjang tempoh), Jepun, 4 juta(peningkatan 6%); dan Kesatuan Eropah lebih kurang 10 juta(peningkatan 6-7%). Namun unjuran ini adalah amat sensitif kepada kepelbagaian dalam andaian yang digunakan. Pertama sekali, evolusi tahap pekerjaan tidak diberi. Ia amat bergantung kepada tahap penggunaan teknologi tersebut oleh masyarakat, atas dasar penghijrahan, evolusi keluarga, pengagihan tempoh pekerjaan dalam hidup dan sistem baru dalam perhubungan industri.Justeru itu, teknologi maklumat tidak akan menyebabkan pengangguran walaupun ia secara nyatamengurangkan tempoh kerja per unit pengeluaran. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa ia akan membawa kepada pengasingan jenis pekerjaan yang lebih nyata terutamanya pekerjaan yang bersabit dengan maklumat dan pekerjaan yang tidak. Sekiranya wujud tren pengangguran yang disebabkan oleh peningkatan teknologi maklumat maka campurtangan kerajaan adalah perlu untuk mengenakan dasar serta garis panduan bagi mewujudkan peluang pekerjaan di dalam sektor yang akan menguntungkan keseluruhan sistem ekonomi negara misalnya sektor sokongan perkhidmatan.

No comments:

Post a Comment