Thursday 10 November 2011

TEKNOLOGI SATU KEMUDAHAN ATAU MASALAH KEPADA PEKERJAAN MASA KINI

 TEKNOLOGI SATU KEMUDAHAN ATAU MASALAH KEPADA PEKERJAAN MASA KINI



Kemajuan keupayaan Sains dan Teknologi (S&T) adalah cabaran yang keenam di antara sembilan cabaran yang disenaraikan. Malaysia mesti mempunyai keupayaan untuk memaju dan menyelaraskan sumber-sumber S&T yang ada dalam negara supaya mencapai hasrat "menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan sains dan yang progresif, iaitu satu masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan."
Kemajuan teknologi merupakan sesuatu yang tidak mampu kita hindari dalam kehidupan ini kerana kemajuan teknologi akan berjalan seiring dengan kemajuan ilmu pengetahuan dan  telah memberi kesan yang  besar terhadap kemajuan sesuatu bidang. Setiap inovasi dicipta untuk memberikan manfaat positif bagi kehidupan manusia. Ia memberikan banyak kemudahan, serta sebagai cara baru dalam melakukan aktiviti manusia. Namun demikian, walaupun teknologi pada awalnya diciptakan untuk menghasilkan manfaat yang positif,namun terdapat juga masalah yang timbul dari sudut yang lain dan  juga  mungkin disalahgunakan untuk hal negatif. Merujuk ada zaman sekarang teknologi merupakan satu kemudahan kepada kita. 
Teknologi banyak memudahkan manusia untuk menjalankan sesuatu pekerjaan. Contohnya Internet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat. Kini, Internet merupakan salah satu saluran rangkaian penghubung dunia tanpa sempadan, dengan adanya jaringan Internet ,Walau bagaimanapun, teknologi ini kerap disalahgunakan sehingga menjadi saluran yang boleh membawa kepada kemudaratan. Di antara masalah yang timbul ialah pemanfaatan teknologi komunikasi perniagaan oleh kumpulan pengganas yang semakin maju dalam penggunaan teknologi.Penggunaan informasi tertentu dan situasi tertentu yang terdapat di internet yang boleh disalahgunakan oleh pihak tertentu dan untuk tujuan tertentu. Selain itu juga, kecenderungan perkembangan teknologi dan ekonomi, akan memberi  kesan kepada penyerapan tenaga kerja dan kelayakan tenaga kerja yang diperlukan. 

Menurut sarjana-sarjana barat, teknologi mampu memudahkan kehidupan masyarakat. Sebagai remaja yang bermaklumat sejauh manakah penglibatan remaja dalam menggunakan teknologi dalam pekerjaan mereka? Menurut sebuah penelitian terhadap 500 orang remaja dan 1030 orang dewasa yang dilakukan oleh Massachusetts Institute of Technology (MIT) bekerjasama dengan Lemelson, dapat menyimpulakan bahawa “Para remajalah yang akan melakukan semua inovasi teknologi itu”. Namun, ia juga meragukan apakah remaja-remaja saat ini sudah benar-benar menyedari akan pentingnya makna inovasi, kerana menurut penelitian tersebut dapat disimpulkan bahawa para remaja pada hari ini kurang berminat terhadap pekerjaan yang lebih ke arah pengajaran. Remaja pada hari ini lebih cenderung memilih bidang pekerjaan yang lebih ke arah praktikal seperti automobil, IT, dan sebagainya. Pemilihan bidang pekerjaan ini mungkin disebabkan oleh remaja sekarang lebih sukakan sesuatu yang lebih mencabar dan kreatif.
Kelayakan tenaga kerja dan jumlah tenaga kerja yang diperlukan akan mengalami perubahan yang cepat. Akibatnya, pendidikan yang diperlukan adalah pendidikan yang menghasilkan tenaga kerja yang mampu mentransformasikan pengetahuan dan skill sesuai dengan tuntutan keperluan tenaga kerja yang berubah tersebut kesan daripada kemajuan teknologi komunikasi pada masa kini.
Sememangnya, kemajuan teknologi memberi kebaikan kepada manusia akan tetapi kemajuan teknologi ini juga memberi kesan negatif kepada manusia. teknologi yang semakin canggih akan mengakibatkan kurangnya tenaga buruh digunakan dalam sesuatu sektor. Impaknya, ini akan mengakibatkan pengangguran yang besar. Sebagai contoh, pengangguran yang tinggi akan memberi kerugian kepada negara. Kira-kira 150,000 graduan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan menamatkan pengajian setiap tahun iaitu meliputi 80,000 lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan baki 70,000 orang dari institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). 
Kelemahan yang kedua ialah kebanyakkan pekerja menyalahgunaan kecanggihan teknologi di tempat kerja dalam tugas mereka. Contohnya, mereka bermain permainan komputer (games), melayari laman - laman sosial seperti facebook dan twistter yang tidak patut digunakan ketika waktu berkerja. Kelemahan ketiga,  teknologi yang canggih juga akan mengakibatkan masyarakat tidak berkemahiran dalam sesuatu pekerjaan. Hal ini kerana segala tugasan mereka dilakukan oleh mesin serta teknologi yang dimiki kini.  
Selain itu juga.kecenderungan perkembangan teknologi dan ekonomi, akan member kesan kepada penyerapan tenaga kerja dan kelayakan tenaga kerja yang diperlukan. Kelayakan tenaga kerja dan jumlah tenaga kerja yang diperlukan akan mengalami perubahan yang cepat. Akibatnya, pendidikan yang diperlukan adalah pendidikan yang menghasilkan tenaga kerja yang mampu mentransformasikan pengetahuan dan skill sesuai dengan tuntutan keperluan tenaga kerja yang berubah tersebut kesan daripada kemajuan teknologi komunikasi pada masa kini. 
Kesimpulannya, masyarakat era ini yang semakin memahami tentang penggunaan teknologi perlu lebih berfikiran yang lebih positif terhadap faedah teknologi terutamayan dalam mencari pekerjaan yang mana dengan adanya teknologi lebih mudah untuk mendapatkan pekerjaan yang mereka inginkan dan tidak perlu bersusah payah untuk keluar unruk mencari kerja. Teknologi yang diberikan adalah untuk memberi kemudahan untuk kita mengakses maklumat yang yang kita mahukan bukannya untuk berhibur dan membuang masa di hadapan komputer dengan mengakses perkara-perkara yang tidak menjana minda.



                                        

No comments:

Post a Comment