Kebebasan Bersuara Dalam Pekerjaan
Dalam era globalisasi yang berteknologi maklumat (IT), Internet merupakan salah satu penyalur pelbagai sumber maklumat kepada rangkaian komputer di seluruh dunia, melalui kemudahan sistem rangkaian secara terus. Isu ini boleh dikaitkan dalam bidang pekerjaan di mana pekerja juga harus diberi hak untuk bebas bersuara atau menyuarakan pandangan mereka. Sebagai contoh mereka yang bekerja sebagai wartawan samada secara pro atau cons terhadap kerajaan.
Wartawan adalah seorang golongan yang bergelumang dengan pelbagai masalah tidak sebagaimana golongan lain. Profesion mencabar yang dipikul boleh memaksa mereka terperap dalam penjara ataupun didakwa kerana pelbagai kesilapan dan kecuaian yang tidak sengaja ataupun sebaliknya. Namun, mereka adalah insan menagih berita daripada sumber-sumber yang dipercayai untuk mengelakkan diri mereka terperangkap oleh halangan undang-undang. Dua kategori wartawan yang menjadi insan istimewa tersebut ialah satu wartawan arus perdana dan wartawan media alternatif.
Wartawan arus perdana terdiri daripada mereka yang bekerja dengan akhbar milik atau pantauan kerajaan, manakala wartawan media alternatif adalah seperti malaysiakini.com, Harakahdaily, di barat seperti American Journalism Review, Newslink dan lain-lain. Kedua-dua wartawan ini mempunyai agenda yang berlainan tetapi peranan untuk rakyat dan pembaca tetap ada. Wartawan arus perdana lebih memihak kepada kerajan yang mendokong pentadbiran negara, manakala wartawan alternatif lebih pro pembangkang. Wartawan arus perdana kurang terdedah dengan undang-undang, manakala wartawan media alternatif terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan yang barangkali boleh memerapkan diri mereka dalam penjara.
Dalam membincangkan idea kebebasan bersuara, aspek teknologi dan hak milik untuk melihat pengaruhnya ke atas sebab dan akibat dalam kebebasan bersuara. Contohnya seperti blog atau laman web yang dikatakan memberi ancaman kepada negara dan rakyat dan juga boleh dikenakan tindakan dalam akta keselamatan dalam negara (ISA), Raja Petra Kamaruddin, pengendali laman web Malaysia Today telah ditahan, beliau dikatakan mengancam keselamatan negara dan boleh menyebabkan pergaduhan perkauman antara kaum di Malaysia.
Alasan Kebebasan Akhbar
Alasan logik akal kebebasan akhbar perlu di tanahair ini adalah memberi peluang rakyat mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku di belakang tabir pemerintahan kerajaan. Pemerintahan kerajaan adalah atas usaha rakyat yang memilih pemimpin melalui pilihanraya. Dalam pilihanraya menentukan corak pemimpinan sesebuah kerajaan. Sesebuah kerajaan yang stabil pemerintahannya memiliki organisasi persuratkhabaran yang bebas sifat penyiarannya. Kebebasan akhbar bertujuan memberi manfaat kepada rakyat sebagai wadah penyaluran maklumat. Rakyat pula menginginkan maklumat tepat yang mana tidak menyongsangkan pemikiran mereka dengan maklumat dan propaganda yang diada-adakan untuk kepentingan politik. Rakyat memerlukan penerangan yang memihak kepada kepentingan mereka. Akhbar perlu melapor dan mengenengahkan permasalahan dan pemikiran rakyat untuk mendapat pembelaan kerajaan dan badan-badan NGO. Sekatan terhadap media massa, sebagai memperlihatkan pentadbiran kerajaan tidak telus dan seolah-olah menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan rakyat.
Menurut Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Prof. Hamdan Adnan, sekatan terhadap media sebenarnya merugikan negara sendiri kerana rakyat tidak mendapat maklumat yang sepatutnya dan ini boleh menyebabkan negara menghadapi kurang daya ketahanan dalam menghadapi arus globalisasi. Pada 3 Mei 1993 diisytiharkan sebagai hari Kebebasan Akhbar Sedunia di Perhimpunan Agung PBB. Akhbar tanahair masih dibelenggu dengan beberapa Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984. Dengan hal yang demikian, badan betindak penulis bagi kebebasan media (WAMI), Jawatankuasa Menentang Pengambilalihan Nanyang oleh MCA (CAT), dan Pusat untuk Kewartawanan Bebas (CIJ) telah menghantar tujuh muka surat memorandum sempena Hari Kebebasan Media Sedunia kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (menteri ketika itu).
Antara maksud dalam memorandum tersebut iaitu pertubuhan wartawan itu turut membantah keengganan kementerian penerangan untuk memberi kad akreditasi kepada wartawan yang bekerja dengan media internet kerana menganggap mereka bukan sebahagian daripada media tradisional. Ekoran itu, wartawan daripada golongan media alternatif beranggapan mereka telah diberi layanan yang tidak sepatutnya dalam hubung sosial mereka. Oleh itu, perkembangan teknologi di negara ini seharusnya disambut baik oleh setiap golongan.
No comments:
Post a Comment